Aizat kagum sifat tenang Yusni Hamid

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aizat Amdan teruja dapat berkongsi pentas buat kali pertama bersama penyanyi legenda, Datuk Yusni Hamid pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Aizat menyifatkan penyanyi berusia 71 tahun itu profesional dan memiliki kelas tersendiri.

“Bila diberitahu bakal berduet dengan Yusni, saya anggap ia sebagai satu penghargaan. Ini kerana keluarga saya dan isteri mengenali serta mengaguminya.

“Biarpun ini kali pertama kami bertemu, tetapi cepat mencipta keserasian. Walaupun memiliki nama besar, Yusni langsung tidak meninggi diri, sebaliknya kami mudah mesra.
“Perkara pertama yang dibualkan mengenai muzik, menunjukkan betapa beliau cintakan seni muzik,” katanya kepada BH Online.

Kata Aizat, dia cukup mengagumi sikap profesional penyanyi lagu Kau Yang Ku Nanti itu yang tenang ketika sesi latihan sepanjang dua hari.

“Ketika latihan ada berlaku sedikit gangguan teknik, tetapi beliau menanganinya dengan cara sangat profesional.

“Beliau sangat tenang, itu yang membuatkan saya rasa kagum kepadanya. Selain itu, saya juga kagum dengan kemantapan vokal, meskipun berusia 71 tahun, namun masih mampu menyanyi dengan baik,” katanya.

Malam kemuncak ABPBH 35 akan disiarkan secara langsung TV3 dan Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya di ibu negara, jam 9 malam ini.

ABPBH 35 diajaibkan penaja utama, Fellera Skin iaitu pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka, Jeli Ajaib Bellrossa Advances.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427