Ahli Parlimen mula menghadap 10 pagi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini, oleh 114 Ahli Parlimen dijadualkan berlangsung secara berperingkat membabitkan lima kumpulan.

Kumpulan pertama terdiri daripada 24 Ahli Parlimen GPS dan UMNO akan bermula pada jam 10 pagi diikuti 25 ahli Parlimen UMNO, BERSATU dan Bebas pada jam 11.10 pagi.

Ini diikuti kumpulan ketiga 25 Ahli Parlimen UMNO dan BERSATU pada jam 2 petang, diikuti 22 ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, PBS, STAR dan Bebas pada jam 3.10 petang.

Seramai 18 Ahli Parlimen PAS menjadi kumpulan terakhir menghadap Seri Paduka pada jam 4 petang.

Sesi menghadap hari ini bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427