9,180 kes baharu Covid-19, Selangor kekal negeri tertinggi kes 4,400

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 9,180 kes baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan 817,838 jumlah jangkitan yang direkodkan di Malaysia setakat ini.

Katanya, Selangor terus kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 4,400 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur 1,271 kes, Negeri Sembilan (899), Kedah (417), Sarawak (406), Sabah (323),Johor (315), Perak (241),Melaka (222), Pahang (214), Kelantan (151),Pulau Pinang (142),Terengganu (82),Labuan (80),Putrajaya (16) dan Perlis (satu).-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427