88.4 populasi dewasa sudah divaksinasi sepenuhnya

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tinggal kurang dua peratus sahaja lagi bagi Malaysia mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa melengkapkan vaksinasi COVID-19.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, 88.4 peratus atau 20,698,852 golongan dewasa, sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing setakat semalam.

Setakat semalam juga, sebanyak 120,402 atau 3.8 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 224,034 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 122,153 dos pertama dan 101,881 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,797,925 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sementara itu, 117 kes kematian harian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan 16 daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,876.

– BERNAMA – BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427