6 terbunuh letupan pengebom berani mati

Estimate Reading Time: < 1 minute

MOGADISHU: Enam maut manakala enam lagi dilaporkan cedera dalam letupan pengebom berani mati di sebuah balai polis di ibu negara Somalia, Mogadishu, petang semalam.

Komander Polis Somalia, Ibrahim Mohamed, berkata serangan itu dikatakan mensasarkan balai polis di Waberi, di jalan Maka Al-Mukaram yang sibuk, selatan ibu kota itu.

“Letupan itu sangat besar sehingga menghancurkan sebahagian bangunan,” kata Ibrahim kepada AFP.

Jurucakap Polis Somalia, Sadik Dudishe pula berkata kepada AFP, serangan itu mengakibatkan enam orang terbunuh, dengan empat daripadanya orang awam dan dua pegawai polis.

“Di antara mangsa adalah komisioner polis di balai berkenaan, yang dipercayai menjadi sasaran serangan pengebom berani mati itu,” kata Dudishe.

Sementara itu, seorang saksi di tempat kejadian, Hassan Mohamed, berkata, dia melihat letupan itu ketika dia sedang memandu kenderaannya.

“Saya melihat beberapa orang terbaring di jalan.”

“Polis menutup sementara jalan yang sibuk,” katanya.

Kumpulan militan, Al-Shabaab belum membuat sebarang kenyataan mengenai serangan itu, walaupun pergerakan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda kerap melakukan serangan di ibu negara.

Al-Shabaab berjuang untuk menggulingkan kerajaan Persekutuan Somalia sejak 2007 dan melancarkan serangan berkala terhadap sasaran pemerintah dan orang awam.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427