4 kempen E-Bazar Selangor catat jualan terus RM144.7 juta, kata MB

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Empat kempen E-Bazar kelolaan kerajaan Selangor berjaya mencatatkan jualan terus berjumlah RM144.7 juta serta mewujudkan kesan riak (ripple effect) sebanyak RM2.95 bilion.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata empat kempen E-Bazar tersebut terdiri daripada E-Bazar Raya 2020 yang dianjurkan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama, disusuli E-Bazar 11.11 Mega Sales, E-Bazar CNY 2021 ketika PKP 2.0 tahun ini dan E-Bazar Raya 2021.

Katanya, kerajaan negeri telah membuat pelaburan sebanyak RM7 juta untuk kempen tersebut yang disertai seramai 294,119 penjual termasuk 74,837 penjual baharu.

“Penganjuran kempen ini membolehkan ekonomi negeri terus bergerak sambil mewujudkan saluran penjualan alternatif agar perniagaan tempatan dapat bertahan, terutama di bawah pelbagai sekatan akibat daripada pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media anjuran Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec) yang diadakan secara maya, hari ini.

Beliau berkata, bagi tempoh berbaki tahun ini, dua lagi kempen e-dagang telah dirancang untuk diadakan termasuk kempen jualan akhir tahun yang akan turut melibatkan penyedia platform e-dagang iaitu Shopee dan Lazada.

Pada sidang media itu, Amirudin turut melancarkan Sidec TV yang ditubuhkan bertujuan memberi manfaat dan berkongsi ilmu pengetahuan kepada mereka yang ingin menceburi bidang e-dagang atau memulakan perniagaan dengan melayari laman web.-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427