KOTA RAJA, 9 Dis 2019 (The Capital Post) – Lebih 3000 masyarakat Parlimen Kota Raja hadir ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Deepavali yang dianjurkan oleh MIC Bahagian Kota Raja di Dewan Santhos, Sentosa.
“Program sebegini bukan sahaja dapat merapatkan lagi masyarakat setempat dengan pemimpin MIC tetapi memberi gambaran yang jelas bahawa hanya pemimpin MIC yang sedia membantu masyaratkat setempat khususnya masyarat india” ujur Kajendran Doraisamy, Koordinator Parlimen Kota Raja yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kota Raja.
Pemangku Ketua Bahagian Kota Raja Shankar Raj Iyankar yang juga Koordinator Dun Sentosa berkata, ramai masyarakat India di Dun Sentosa memerlukan bantuan kerana mereka telah diabaikan oleh Pakatan Harapan lebih – lebih lagi kawasan parlimen tersebut diwakili oleh YB Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia.
Majlis rumah terbuka ini turut dihadiri oleh YB Senator Tan Sri SA Vigneswaran, Yang Di-Pertua Dewan Negara yang juga Presiden MIC, YB Datuk Seri Saravanan, Timbalan Presiden MIC dan barisan pemimpin MIC Kebangsaan dan negeri Selangor.
Tan Sri Vigneswaran berkata bahawa walaupun Parti MIC merupakan parti politik pembangkang namun parti keramat masyarakat India ini mampu membantu masyarakat india dalam mengurangkan beban harian mereka.
Majlis tersebut disajikan juadah tradisional dengan persembahan tarian klasik untuk menghiburkan para hadirin – The Capital Post