3 lagi penguatkuasa MAQIS ditahan SPRM susulan siasatan kartel daging

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lagi penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, semalam.

Menurut sumber SPRM, tiga penguatkuasa MAQIS itu ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging-daging beku yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Veterinar.

“Ketiga-tiga berusia 40 hingga 55 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor pada 7 malam bagi membantu siasatan bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM.

“Semua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi permohonan reman dan mahkamah membenarkan ketiga-tiga direman selama lima hari bermula hari ini hingga 23 Jan,” katanya.

Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Pada 7 Jan, SPRM menahan dua pegawai MAQIS Johor kerana disyaki terlibat aktiviti penyeludupan bahan mentah.

Kedua-dua orang kena tuduh (OKT) berusia 27 dan 31 tahun itu ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373