21 PPV lagi mula beroperasi hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan meneruskan inisiatif menambah pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara dengan pembukaan 14 PPV Awam dan tujuh PPV Integrasi yang mula beroperasi, hari ini.

Berdasarkan maklumat dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam Twitter, hari ini, PPV terbabit mampu menampung kapasiti keseluruhan berjumlah melebihi 24,000 orang.

Menurutnya, usaha itu bagi meningkatkan kadar vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Lebih banyak PPV disediakan untuk memastikan seramai mungkin dapat divaksinasi dengan secepat mungkin,” katanya.

Antara lokasi PPV Awam berkenaan ialah Dewan Perda Convention Centre di Pulau Pinang dengan kapasiti 2,000 orang; Stadium Tertutup Samarahan, Sarawak (700); serta Dewan Masyarakat Sook, Sabah (400).

Lokasi PPV Integrasi terbabit pula meliputi Bangi Avenue Convention Centre (5,000); Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA (5,000); dan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat (1,800).-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427