200 hilang tempat tinggal, 73 rumah atas air musnah terbakar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU, 12 Mac  — Lebih 200 orang kehilangan tempat tinggal selepas 73 buah rumah di atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya di sini malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, jabatan itu menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.32 malam sebelum 40 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Lintas dan BBP Penampang digegaskan ke lokasi.

“Apabila tiba di lokasi, didapati api sedang marak dan operasi pemadaman yang dilakukan menggunakan sumber air terbuka berjaya menyelamatkan 757 rumah di kawasan sekitar daripada turut terbakar.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 12.37 tengah malam dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataannya berkata dua pusat pemindahan sementara dibuka untuk menempatkan 79 mangsa daripada 14 keluarga yang dipindahkan.

Sebanyak 12 keluarga dengan 58 mangsa ditempatkan di Dewan Sembulan sementara dua keluarga lagi dengan 21 mangsa dipindahkan ke Dewan Serba guna Likas, demikian menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427