2 sindiket edar dadah terbesar bernilai RM25.6 juta tumpas

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah terbesar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila merampas 296.8 kilogram (kg) bahan terlarang itu, bernilai RM25.6 juta dalam beberapa siri serbuan pada 22 hingga 24 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata seramai 23 individu berusia antara 25 hingga 57 tahun termasuk ketua sindiket terbabit turut ditahan dalam serbuan di ibu negara, Selangor, Johor dan Pahang.

“Dua operasi iaitu Op Heron dan Op Watercress dilancarkan oleh JSJN Bukit Aman bersama JSJN Selangor dan Johor dan berhasil menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah yang disifatkan terbesar dalam tempoh PKP ini.

“Dalam operasi itu, kita merampas pelbagai jenis dadah, kenderaan mewah, barangan kemas serta wang tunai,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427