12,541 kes Covid-19, Selangor terus catat angka tertinggi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Angka harian kes COVID-19 di Malaysia mencatat sedikit penurunan dengan 12,541 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor bagaimanapun terus kekal sebagai penyumbang terbesar dengan merekodkan 5,512 kes baharu.

Ia diikuti Negeri Sembilan yang mencatat 1,619 jangkitan baharu, Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382) dan Pulau Pinang (376).

“Selain itu, kes baharu turut dilaporkan di Sabah (326), Perak (299), Kelantan (225), Terengganu (102), Putrajaya (62), Labuan (24) dan Perlis (tujuh),” katanya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini mencecah 893,323 kes.-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427