1,121 individu ditahan menerusi 324 Op Samseng Jalanan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis menahan 1,121 individu dalam 324 Operasi Samseng Jalanan (Op Samseng Jalanan) di seluruh negara, antara Januari hingga 15 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata menerusi operasi itu, pihaknya turut menyita 920 motosikal daripada 7,116 yang diperiksa.

“Ada antara individu itu ditahan kerana menunggang motosikal secara merbahaya, manakala polis bertindak sita motosikal pula kerana beberapa faktor seperti ubah suai kenderaan itu.

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Azisman berkata, pihaknya akan memanggil ibu bapa kepada remaja bawah umur yang didapati melakukan kesalahan merempit bagi menjamin anak mereka.

“Tindakan itu diambil kerana kebanyakan mereka yang ditahan terdiri daripada remaja berusia belasan tahun.

“Ada antara remaja itu menunggang motosikal ahli keluarga mereka ketika melakukan kesalahan berkenaan,” katanya.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427