112 hospital swasta setuju rawat pesakit COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sebanyak 112 atau 53.1 peratus daripada 211 hospital swasta di seluruh negara, bersetuju untuk menyediakan rawatan COVID-19, setakat 1 Julai lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata baki 46.9 peratus lagi hospital swasta masih dalam proses latihan dan persediaan, ketika ini, sebelum berupaya untuk memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit COVID-19.

Selain itu, beliau menjelaskan, segelintir hospital swasta tidak menawarkan diri untuk menyediakan perkhidmatan merawat kes wabak terbabit kerana berdepan kekangan seperti kemudahan yang terhad serta kesukaran mengubah suai struktur sedia ada.

“Kita bekerjasama dengan hospital swasta sejak April lalu melalui penggunaan Ordinan Darurat, dengan yang terakhir kerajaan mengambil alih Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Setakat 1 Julai lalu, jumlah katil wad serta katil ICU untuk pesakit COVID-19 di hospital swasta masing-masing ialah sebanyak 1,277 dan 129 buah,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427