1,110 kes baharu COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 1,110 kes baharu COVID-19 membabitkan 1,107 kes penularan tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Menerusi data dikongsikan dalam laman sesawang KKMNOW, jumlah yang dinyatakan itu setakat Sabtu lalu.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan COVID-19 di negara ini mencecah 5,079,436 kes sejak ia dikesan di negara ini.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan negara mempunyai 16,842 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 93.8 peratus bersamaan 15,801 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, terdapat 1,000 kes atau 6.2 peratus mendapatkan rawatan lanjut di hospital, dengan 41 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 24 kes memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 17 lagi tidak memerlukan alat bantuan.

Sehingga kini, kadar penggunaan di wad ICU mencecah 68.3 peratus, alat bantuan pernafasan (40.8 peratus) dan katil hospital (75.6 peratus).

Bagi jumlah kes sembuh di negara ini, terdapat sebanyak 1,112 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 5,025,566 kes. -Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427