1 maut, 1 hilang selepas bot tunda karam di perairan Singapura

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 39 tahun maut manakala seorang lagi hilang selepas bot tunda yang mereka naiki karam di Eastern Anchorage dalam had pelabuhan Singapura pada kira-kira jam 2.15 petang Rabu.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-duanya adalah kru bot tunda OSHIO.

Agensi itu berkata mangsa yang maut sebelum ini telah diselamatkan oleh Polis Pengawal Pantai (PCG) dan dibawa ke hospital, tetapi dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi kru yang hilang, tetapi jantina dan umur mangsa tidak didedahkan.

“MPA telah mengaktifkan penyelam penyelamat untuk mengesahkan lokasi bot tunda yang karam bagi operasi menyelamat dan sedang mengeluarkan siaran pengemudian untuk kapal-kapal menjauhi kawasan terlibat,” kata MPA.

Tiada pencemaran minyak dilaporkan.
-BERNAMA
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427