Amorim teruja disambut baik peminat Old Trafford

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER, England: Ketua jurulatih baharu Manchester United, Ruben Amorim gembira dan teruja dengan sambutan peminat terhadap kehadirannya di kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ketika pasukannya menang 3-2 ke atas Bodo/Glimt pada aksi Liga Europa awal pagi tadi.

-Advertisement-

-Advertisement-

Aksi pertama kendalian Amorim adalah keputusan seri 1-1 dengan Ipswich Town dalam aksi EPL di gelanggang lawan Ahad lalu.

“Separuh daripada stadium tidak mengenali saya, saya hadir dari Portugal dan belum melakukan apa-apa lagi buat kelab ini. Namun cara sambutan mereka membuatkan saya berada bagaikan di rumah sendiri dan ia sesuatu yang istimewa,” katanya.
“Saya akan menyimpan kenangan indah ini hingga hujung karier saya.”
Bagaimanapun Amorim yang menerima lamaran United selepas pengurus terdahulu Erik ten Hag dipecat kerana prestasi buruk, menganggap persembahan anak buahnya bagaikan menaiki roller-coaster.
Penyerang Rasmus Hojlund meledak dua gol bagi memastikan kemenangan kedua mereka dalam kempen Liga Europa selepas Alejandro Garnacho membuka tirai jaringan dalam tempoh seminit.

“Sudah tentu, saya melihat apa yang setiap orang lihat, detik bagus, detik sukar,” kata Amorim kepada TNT Sports.

“Ada kekeliruan di hujung saingan ketika cuba untuk mempertahankan kelebihan tetapi pemain melakukan tugas yang bagus. Mereka berlari, mereka menekan, mereka cuba melakukan apa yang kami cuba terapkan dalam tiga hari terakhir dan kami menang.

“Ya, ia bagaikan anda menaiki roller-coaster. Kami bermula baik, tetapi kemudian dihukum dengan dua gol dalam dua gerakan. Saya suka dengan cara pemain cuba untuk beraksi corak permainan kami,” katanya.

“Kadang-kadang kami menang bola dan kami mempunyai masalah sebelum ini kerana melepaskan bola terlalu banyak kepada lawan – dalam fikiran kena kuasai bola. Mereka benar-benar mencuba dan saya fikir kami berhak menang.”
-REUTERS

-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427