Aliran trafik tinggi di beberapa laluan lebuh raya

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Aliran trafik tinggi dilaporkan di beberapa laluan di lebuh raya utama sejak awal pagi tadi berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai pulang ke kampung halaman menjelang sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi.

Akaun rasmi di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga jam 8 pagi tadi memaklumkan, beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mencatatkan aliran trafik tinggi.

Di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, aliran trafik tinggi dilaporkan dari Sungai Buaya ke Bukit Tagar; Tanjung Malim ke Behrang; Slim River ke Hentian Sebelah Ladang Bikam; Bidor ke Tapah; Tapah ke Gopeng; Terowong Menora ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak serta Kuala Kangsar ke R&R Bukit Gantang.

Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur pula aliran trafik tinggi dilaporkan dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi.

Sementara itu, di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pula mencatatkan trafik perlahan keluar ke Plaza Tol Kuala Terengganu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMtrafik.

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464