‘Alhamdulillah, mereka nampak bersemangat’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, meluangkan masa meninjau hari pertama sesi persekolahan 2021 secara bersemuka di Putrajaya, hari ini.

-Advertisement-

Beliau bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, mengunjungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5 (1) serta SMK Putrajaya Presint 16 (1).

“Sebelum ke mesyuarat Jemaah Menteri, saya bersama Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran singgah di dua sekolah sekitar Putrajaya bagi meninjau operasi pada hari pertama pembukaan sekolah tahun ini.

-Advertisement-

“Kami bertanya khabar murid kelas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Alhamdulillah, mereka nampak bersemangat.

“Kami mendoakan kejayaan anak-anak semua. Insya-Allah, KPM akan terus memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah seluruh negara,” katanya melalui hantaran dalam Facebook beliau, hari ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427