Aktiviti ambil untung heret turun Bursa Malaysia

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih selepas mencatatkan keuntungan semalam.

-Advertisement-

Selain itu, pasaran turut mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman di Wall Street.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.70 mata kepada 1,588.98 daripada penutupan urus niaga petang Selasa iaitu 1,596.68.

Indeks utama dibuka lemah sebanyak 5.03 mata kepada 1,591.65.

Pergerakan pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 393 berbalas 62 manakala 172 kaunter tidak berubah, 1,664 tidak diniagakan dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 149.69 juta bernilai RM71.27 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street mengalami satu lagi siri penjualan menjelang pengumuman hasil pendapatan daripada syarikat teknologi mega berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi.

Purata Indeks Dow Jones merosot sebanyak 809 mata manakala Nasdaq kehilangan 514 mata untuk berakhir pada paras terendah baharu dalam tempoh 52 minggu walaupun hasil 10 tahun AS susut kepada paras rendah seminggu pada 2.73 peratus.

-Advertisement-

“Namun begitu, kami berpendapat indeks akan melihat beberapa kegiatan pengambilan untung hari ini di sebalik ketidaktentuan serantau yang kian meningkat disebabkan oleh kerugian besar di Wall Street.

“Justeru, kami menjangkakan indeks berlegar sekitar julat 1,585-1,600 hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pak Leng berkata, kebimbangan yang menyelubungi bahagian bekalan menyaksikan minyak sawit mentah melantun semula melepasi paras RM7,000 satu tan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM8.93, Public Bank turun satu sen kepada RM4.71, Petronas Chemicals lebih rendah 10 sen kepada RM10.12, CIMB kerugian empat sen kepada RM5.15 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.65.

Bagi saham aktif, Techna-X, Saudee dan TWL tidak berubah, masing-masing pada 11 sen, 5.5 sen dan 8.5 sen, Dagang Nexchange susut 2.5 sen kepada 99.5 sen dan PUC lemah setengah sen kepada 11 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 69.47 mata kepada 11,351.65, Indeks FBM Emas Syariah merosot 93.27 mata menjadi 11,901.09, Indeks FBM 70 turun 129.11 mata kepada 13,519.0, Indeks FBMT 100 menguncup 65.30 mata kepada 11,011.83 dan FBM ACE kerugian 80.66 mata kepada 5,537.75.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.09 mata kepada 208.04, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 38.05 mata kepada 16,796.44 sementara Indeks Perladangan jatuh 32.22 mata kepada 8,756.24.

-BERNAMA -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427