KUALA LUMPUR: Ajinomoto (Malaysia) Bhd menjual enam bidang tanah di Kuala Lumpur kepada Inter-Pacific Securities Sdn Bhd pada harga RM408 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata hartanah itu sebelum ini digunakan sebagai pejabat korporat dan kilang bagi pengeluaran perisa umami yang disijilkan halal.
“Bagaimanapun, hartanah itu tidak lagi dapat menampung pengembangan kapasiti pengeluaran selanjutnya AMB,” katanya.
Selepas penjualan, AMB berkata ia bercadang untuk mengagihkan sebahagian hasil bernilai kira-kira RM128.89 juta dengan pemberian dividen khas.
– BH