Ahli Parlimen diminta calonkan PM sebelum 4 petang esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Rakyat diminta menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan secara terang dan jelas mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri.

-Advertisement-

Surat akuan berkenaan perlu diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya sebelum jam 4 petang esok, untuk perhatian Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim.

Notis mengenai perkara itu dikeluarkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, hari ini dan notis terbabit disahkan oleh pegawai Yang Dipertua Dewan kepada BH ketika dihubungi, sebentar tadi.

-Advertisement-

Pegawai itu berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

“Pada melaksanakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat supaya menyerahkan satu surat akuan menyatakan secara terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat untuk menjadi Perdana Menteri Kesembilan,” katanya dalam satu surat yang turut dilampirkan kepada Nazim.

Berita lanjut menyusul -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427