MAPS ada harapan dibuka semula

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Kerajaan Perak sedang giat menarik beberapa pelabur untuk mengambil alih pengurusan Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) bagi merancakkan semula premis itu yang dibangunkan dengan kos RM520 juta.

-Advertisement-

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berkata taman tema itu ada harapan dibuka semula dan sedang mencari operator untuk mengambil alih.

“Sekarang tempat itu di bawah proses pencairan aset dan mereka cuba mencari operator untuk mengambil alih pengurusan.

“Jadi ada harapan MAPS dibuka semula, tetapi bukan di bawah kerajaan negeri lagi tetapi di bawah syarikat swasta,” katanya selepas merasmikan Pameran Promosi Perak sebagai “Green State” di The Haven Resort Hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Malaysia Inbound Chinese Association (MICA), Datuk Dr Angie Ng Wai Sam; Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif The Haven Resort Hotel, Peter Chan.

-Advertisement-

Nolee Ashilin berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat menetapkan jangka masa pembukaan semula taman tema berkenaan

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Selain itu, setakat ini 24 hotel di negeri sudah mendapat sijil kelulusan kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan melalui Garis Panduan Amalan Terbaik Produk Pelancongan Negeri Perak.

“Dalam tempoh dua minggu ini kita memberi fokus kepada hotel dan selepas ini pensijilan akan diteruskan kepada rumah inap dan lain-lain,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427