PRU penyelesaian terbaik – Mahdzir Khalid

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 22 Jun 2020 (The Capital Post) – Pilihan Raya Umum adalah jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik semasa, terutama berkaitan dengan perbezaan antara jumlah anggota kerajaan dan pembangkang di parlimen, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Banyak persoalan yang timbul, berapa banyak Ahli Dewan Rakyat yang menyokong Kerajaan dan pembangkang, jadi PRU ini harus diadakan agar kita dapat memiliki bilangan kerusi yang lebih dari segi sokongan ahli parlimen.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Padang Terap juga memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mahdzir juga menyokong kenyataan naib presiden UMNO yang lain, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mencadangkan agar Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464