Kaedah robotik buang kanser peti suara

Estimate Reading Time: < 1 minute

SUNGAI BULOH: Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus melakar sejarah apabila julung kali memperkenalkan prosedur pembedahan membuang kanser larinks atau peti suara menggunakan kaedah robotik.

-Advertisement-

Prosedur pertama kali dilakukan di Malaysia itu turut mendapat kerjasama Pusat Perubatan Pakar UiTM (UPSC) dan pakar dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pakar Telinga, Hidung dan Mata (ENT) UPSC, Dr Ahmad Khusyairi Khalid, berkata prosedur itu dilakukan bagi membuang sel kanser tanpa perlu membuang keseluruhan bahagian peti suara pesakit.

 

Beliau berkata, penggunaan teknik berkenaan bergantung sepenuhnya kepada usia dan keadaan kesihatan individu, selain tidak membabitkan pembedahan secara terbuka dilakukan ke atas pesakit.

-Advertisement-

“Bukan semua pesakit kanser larinks sesuai menggunakan teknik ini. Kita perlu kenal pasti tahap kanser, selain ia belum menjejaskan fungsi peti suara setiap pesakit sebelum menentukan sebarang prosedur bersesuaian.

“Bagaimanapun, kualiti peti suara pasti tidak akan sama seperti sebelum pesakit menjalani pembedahan. Mereka mungkin masih dapat menggunakan suara sendiri selepas prosedur selesai.

“Kita berharap dapat membuang kanser dan mengekalkan sebanyak mungkin fungsi peti suara pesakit. Ini adalah matlamat penggunaan teknik robotik,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427