TAWAU: Sebanyak 20 buah rumah musnah dan lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Lorong Haji Sundu, Batu 2 Jalan Apas, dekat sini, 12.20 tengah hari, tadi.
Kebakaran dipercayai bermula daripada salah sebuah rumah di situ sebelum merebak ke rumah berhampiran dan memusnahkan beberapa buah kenderaan serta sebuah kedai runcit.
“Anggota bomba juga menghadapi sedikit kesukaran disebabkan tekanan air rendah kerana kedudukan pili bomba dan sumber air yang jauh,” katanya ketika ditemui di lokasi.
Bagaimanapun katanya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian dan operasi memadam kebakaran turut dibantu oleh penduduk.
“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
-BH