KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan, untuk beroperasi dengan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan sebelum ini.
Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran beroperasi itu tidak membabitkan surau dna masjid yang berada dalam zon merah.