174 rumah ibadat bukan Islam beroperasi 10 Jun

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan operasi 174 rumah ibadat bukan Islam bermula 10 Jun ini.

-Advertisement-

Kelulusan melalui mesyuarat pada 21 Mei lalu itu adalah mengikut ketetapan SOP seperti bilangan kehadiran maksimum 30 orang dan tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat

Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini, mengingatkan bahawa hanya rumah ibadat yang mendapat kelulusan mengikut hari dan masa beroperasi akan dibenarkan bermula pada 10 Jun ini.

Menurut kenyataan itu, urusan perkahwinan di kuil, gereja dan persatuan agama ditangguhkan sehingga 31 Julai 2020 berdasarkan kepada surat Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bertarikh 12 Mei 2020.

-Advertisement-

Sementara itu, pembukaan rumah ibadat yang lain perlu dipohon melalui badan agama masing-masing dan seterusnya dikemukakan kepada kementerian mengikut prosedur yang ditetapkan selepas 10 Jun 2020.

Permohonan yang diterima akan dibawa kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk kelulusan dari masa ke semasa.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427