WASHINGTON: Satu kajian penularan COVID-19 mendapati, titisan mikro melalui percakapan kuat dikesan mampu bertahan dalam udara lebih 10 minit di tempat tertutup (confined space), kerana virus berbahaya itu mudah tersebar.
Kajian dilakukan Institut Penyakit Diabetes, Penghadaman dan Buah Pinggang Kebangsaan (NIDDK) terhadap seorang individu yang menyebut perkataan ‘sentiasa sihat’ beberapa kali secara kuat selama 25 saat di dalam sebuah kotak yang tertutup.
Laser yang dipancarkan pada kotak itu membolehkan titisan itu dilihat dan dikira.
Kajian yang diterbitkan dalam journal Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (PNAS) itu menunjukkan, ia secara purata mampu bertahan di udara sekitar 12 minit.
Saintis menjangka setiap minit jika bercakap dengan kuat, ia boleh menghasilkan lebih 1,000 titisan air liur yang mengandungi virus dan mampu kekal dalam ruang udara selama lapan minit atau lebih di ruang tertutup.
“Visual yang dilakukan itu menunjukkan bagaimana percakapan normal mampu menghasilkan titisan di ruang udara yang mampu bertahan 10 minit atau lebih dan berpontesi menyebarkan penyakit,” rumusan pengkaji berkenaan.
Pasukan yang sama pada April lalu menyatakan, bercakap tidak terlalu kuat menghasilkan titisan yang sedikit seperti yang diterbitkan dalam Journal Perubatan New England.
Jika tahap jangkitan COVID-19 melalui percakapan disahkan, ia memastikan seruan sainstis supaya banyak lagi negara membuat pemakaian topeng muka sekali gus membantu mengurangkan penyebaran yang pantas. – AFP