Lebih ramai lagi rakyat Australia muat turun COVIDSafe

Estimate Reading Time: < 1 minute

CANBERRA: Kerajaan Australia yakin lebih ramai lagi rakyatnya akan memuat turun aplikasi, COVIDSafe bagi menjejak menjejak kontak COVID-19 dengan mudah, ke dalam telefon pintar masing-masing.

-Advertisement-

Setakat ini, lebih dua juta daripada 26 juta penduduk negara itu memuat turun aplikasi COVIDSafe berfungsi dengan menggunakan ‘bluetooth’ dari telefon pintar untuk mengesan pengguna terdekat lain, sejak dilancarkan pada Ahad.

Jika pengguna diuji positif, maka sesiapa yang pernah berada berdekatan dengan individu terbabit boleh diberitahu, menjadikan pengesanan wabak itu lebih pantas lagi mudah.

Sistem itu dilihat sebagai batu loncatan untuk tidak lagi melaksanakan perintah penjarakan sosial yang mengakibatkan bar, restoran, pejabat dan kebanyakan kelas ditutup pada bulan lalu.

Ketua Pegawai Kesihatan, Damian Murphy pada Isnin memberitahu pihaknya sangat teruja melihat aplikasi tersebut mendapat sambutan baik daripada rakyatnya.

Dengan COVIDSafe, individu disahkan positif boleh mengenal pasti pengguna lain yang melakukan kontak rapat dalam tempoh 15 minit atau melebihi tiga minggu sebelumnya.

-Advertisement-

Menurut pihak berkuasa, penggunaan aplikasi tersebut akan dilakukan secara sukarela, dan semua data akan dirahsiakan.

Bagaimanapun, kerajaan berhasrat mempercepat proses perundangan melalui Parlimen bagi melarang penggunaan data peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan selain daripada mengesan individu berkemungkinan mempunyai gejala virus.

Pada masa sama, pihak kerajaan berharap aplikasi itu membantu mengekang penularan COVID-19, sekali gus membolehkan Australia membuka semula aktiviti ekonomi dengan selamat.

Setakat ini, negara itu merekodkan keseluruhan 6,720 kes dengan 83 kematian.

– Agensi


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427