PUTRAJAYA, 27 Mac 2020 (The Capital Post) – “Sepanjang Tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, Majikan diingatkan untuk tidak memotong gaji pekerja atau memaksa mengambil cuti tahunan. Majikan perlu membayar gaji sepenuh sepanjang tempoh PKP” kata YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia.
Tambah beliau, sememangnya pembayaran gaji penuh sewaktu tempoh PKP merupakan satu tanggungjawab berat dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja terbela.
“Saya juga mendengar dan prihatin dengan masalah serta kekangan yang dihadapi oleh majikan, Kerajan sedang memperhalusi rancangan – rancangan khas untuk mengurangkan beban para majikan” ujur beliau.
Menteri Sumber Manusia juga terkata, menerusi agensi Kementeri tersebut, Perkeso telah melaksanakan Program Pengekalan Perkerjaan (ERP) dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. ERP akan dilaksanakan melalui sistem insuran, yang akan fungsi sebagai bantuan kepada pekerja yang hilang mata pencarian manakala agensi HRDF pula melancarkan pakej ransangan latihan 2020 yang akan memberi manfaat kepada lebih 40,000 pekerja tempatan.
Sebarang jenis pertanyaan dan laporan, para pekerja dan para majikan boleh menghubungi Hotline Kementerian Sumber Manusia 03-8889 2359, 03-8890 3404, 03-8888 9111,03-8886 2409,03-8886 2352, JTK Sabah 088-238755/0880237258, JTK Sarawak 082440456, HRDF 1800 88 4800, PERKESO 1300 22 800.