Covid-19 : Sarawak Catat 2 Kematian, Jumlah Maut meningkat kepada 6 Orang

Estimate Reading Time: < 1 minute

SARAWAK, 21 Mac 2020 (The Capital Post) – Jawatankuasa pengurusan bencana Sarawak sebentar tadi mengumumkan bahawa dua pesakit Covid-18, iaitu seorang ibu dan anak perempuan, berusia 79 dan 40 tahun, telah meninggal dunia di Sarawak.

Jawatankuasa tersebut mengulas mengenai dua kes baharu ini berkata, kematian pertama berlaku pada 18 Mac. Namun, terdapat kelewatan dalam melaporkan kematian ini kerana hospital swasta tersebut sedang menunggu hasil laporan makmal dari Kuala Lumpur.

Manakala mangsa kedua dalam keluarga itu meninggal pada pukul 1 petang hari ini. Dengan kematian dua orang dari Sarawak, maka jumlah kematian kini meningkat kepada 6 orang.

Sementara itu, terdapat 153 kes baru di negara ini sehingga hari ini, menjadikan jumlah itu menjadi 1,183. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464