PETALING JAYA, 12 Mac 2020 (The Capital Post) – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya tidak ramai dari masyarakat Cina dan India akan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum akan datang kerana komposisi hampir “Melayu-Centric” itu.
“Apabila ada pilihan raya, saya tidak fikir orang Cina akan menyokong (PN),” katanya dalam temu bual dengan Sinar Harian.
“Sudah pasti bahawa kaum India tidak akan menyokong (PN). Maka majoriti (undi) bagi orang Melayu akan dikurangkan dalam pemilihan akan datang, ” tambah beliau.
Beliau diminta mengulas mengenai tidak ramai pemimpin dalam kalangan orang Cina dan India yang dilantik ke Kabinet Muhyiddin Yassin.
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Menteri Sumber Manusia M Saravanan adalah satu-satunya menteri dari masyarakat Cina dan India dalam barisan 31 orang Menteri Kabinet.
Terdapat tiga timbalan menteri Cina: Lim Ban Hong (perdagangan antarabangsa dan industri); Mah Hang Soon (pendidikan) dan Wee Jeck Seng (industri utama) manakala tiada pemimpin daripada MIC dilantik ke jawatan Timbalan Menteri.
Presiden Parti Demokrat Progresif Tiong King Sing dilantik sebagai timbalan menteri perpaduan negara tetapi telah menolak jawatan itu. – The Capital Post