
MELAKA, 27 Feb 2020 (The Capital Post) – Yang Amat Berhormat Tuan Haji Adly Zahari Ketua Menteri Melaka hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan mengekalkan status-quo di Kerajaan Negeri Melaka dimana Parti Pakatan Harapan (DAP, PAN, PKR) akan berkerjasama dengan Parti PPBM sehingga ada pengumuman kelak.
YB Adly Zahari berkata beliau telah menghadap TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob dan telah memberi maklumat terkini mengenai kestabilan politik negeri melaka. berikutan cukupnya sokongan rakan – rakan Pakatan Harapan, TYT Tun Negeri Melaka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh beliau dan telah memperkenan YB Adly untuk terus memimpin Kerajaan Negeri. – The Capital Post