Satu lagi kes positif koronavirus

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 10 Feb 2020 (The Capital Post) -Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenali positif koranavirus pada seseorang individu lelaki tempatan yang berumur 31 tahun yang pernah bekerja di Macau, China sebelum kembali ke Malaysia.

-Advertisement-

Pada 3 Februari 2020, beliau mula merasa tidak sihat dan batuk. Beliau telah pergi ke klinik dan telah diberi ubat pada 4 dan 6 Februari 2020. Beliau mengambil rawatan di Klinik Kesihatan manakala pada hari yang sama beliau telah dirujuk ke Hospital Banting, Selangor. Selepas pemeriksaan dan rawatan beliau dikesan mengalami radang paru-paru (pnuemonia) dan telah dimasukkkan ke hospital tersebut.

-Advertisement-

Seterusnya beliau juga dapat ditahu bahawa menghidapi Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan beliau juga memerlukan pemantuan rapi. Beliau telah merujuk dengan segera ke Hospital Sungai Buloh. Beliau sudah memulakan rawatan dan menjalankan siasatan lanjut. Beliau telah disahkan positif 2019-nCov pada 9 Februari 2020 dari sampel klinikal pesakit.

Isu ini telah dibawa kepada Jabatan Kesihatn Negeri Selangor(JKNS) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat (PKDKL) bagi mengambil tindakan siasatan, pengesanan kontak rapat, langkah pencegahan dan kawalan. KKM juga mengambil tindakan sewajar bagi penduduk daerah bertenang dan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. KKM menyeru orang ramai supaya sekiranya memerlukan sebarang penerangan mengenai penyakit menghubungi hotline CPRC Kebangsaan di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700. -The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427