Perbicaraan rasuah tangguh kerana Rosmah tidak sihat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perbicaraan rasuah terhadap Rosmah Mansor ditangguhkan selepas peguamnya memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas perdana menteri itu cuti sakit.

Peguamnya, Jagjit Singh memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa Rosmah tidak sihat dan doktornya mengeluarkan sijil perakuan sakit pada 2 Feb yang menyatakan beliau tidak dapat hadir ke mahkamah.

Pendakwa ad hoc Gopal Sri Ram membantah sijil perakuan sakit yang diserahkan kepada mahkamah.

Tahun lalu, Rosmah didakwa meminta RM187.5 juta dari Saidi Abang Samsudin, pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.

Projek Kementerian Pendidikan bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus.

Beliau juga didakwa dengan 2 tuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi.

Rosmah didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464