Malaysia berpotensi tarik pelaburan bernilai tinggi tahun depan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik, terutamanya dalam sektor-sektor berteknologi tinggi seperti teknologi, telekomunikasi, dan tenaga boleh diperbaharui pada tahun hadapan.

-Advertisement-

Ketua Penyelidik TA Securities Holdings Bhd, Kaladher Govindan berkata, dengan asas yang kukuh pada 2024, ekonomi dan pasaran saham Malaysia berada dalam landasan yang baik untuk pertumbuhan optimis memasuki tahun baru.

“Walaupun terdapat risiko penurunan akibat ketegangan geopolitik yang semakin memuncak dan langkah perlindungan perdagangan susulan kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS, politik domestik yang stabil dan kukuh telah memberi ruang kepada kerajaan untuk terus melaksanakan reformasi berimpak tinggi bagi meningkatkan daya saing tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

-Advertisement-

Kaladher menegaskan bahawa reformasi yang memperbaiki kedudukan fiskal Malaysia, pelan jangka panjang yang mampan disokong oleh dasar mesra perniagaan, infrastruktur yang kukuh, dan tenaga kerja berkemahiran tinggi akan menjadi faktor utama dalam menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI).


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427