Pengguguran Rashford, Garnacho bukan kerana disiplin – Amorim

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Beberapa jam sebelum kemenangan 2-1 Manchester United ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Ruben Amorim membuat keputusan mengejutkan dengan menggugurkan Marcus Rashfod dan Alejandro Garnacho.

-Advertisement-

Anak buah Amorim bangkit di minit-minit akhir untuk menewaskan City di Stadium Etihad menerusi jaringan Bruno Fernandes dan Amad Diallo, dan pengendali dari Portugal itu berkata keputusannya adalah bagi mengekalkan standard tinggi pemain-pemainnya.

“Apabila orang di kelab kehilangan jawatan mereka, kami perlu mengangkat standard lebih tinggi,” kata Amorim merujuk kepada bekas Pengarah Sukan, Dan Ashworth yang meninggalkan kelab sebelum ini.

-Advertisement-

Bagaimanapun menurut Amorim, keputusan untuk tidak menyenaraikan Rashford dan Garnacho tidak berkaitan dengan disiplin.

“Minggu depan, perlawanan seterusnya, perjuangan baharu, mereka berjuang untuk tempat tetapi bagi saya ia penting, persembahan ketika latihan, dalam perlawanan, cara berpakaian, cara makan, komunikasi dengan rakan sepasukan, membantu rakan-rakan, semuanya penting apabila anda mahu mengubah banyak perkara.

“Mereka perlu merebut tempat dalam pasukan dan hari ini pemain-pemain membuktikan yang kita boleh meninggalkan siapa sahaja dan masih boleh memenangi perlawanan bersama,” katanya.
-REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427