PARIS: Kylian Mbappe menegaskan dia tetap komited dengan tugasan bersama pasukan kebangsaan Perancis, walaupun tidak disenaraikan dalam skuad terkini oleh pengendali Didier Deschamps.
Kapten pasukan Les Bleus itu berkata: “Pasukan Perancis sentiasa berada di kedudukan tertinggi dalam bola sepak. Ia adalah pasukan kebangsaan. Saya selalu katakan, tiada yang lebih penting. Cinta saya terhadap pasukan Perancis tidak pernah berubah.”
Mbappe kali terakhir beraksi bersama Perancis dalam dua perlawanan Liga Negara-Negara pada September lalu.
“Saya memberikan segala-galanya. Anda berkhidmat untuk negara anda, itu sahaja… Saya sentiasa menghormati pasukan kebangsaan dengan tahap tertinggi,” katanya.
Walaupun tidak dipanggil untuk aksi Liga Negara-Negara pada Oktober dan November, Mbappe menunjukkan rasa hormat terhadap keputusan Deschamps.
Mbappe mengumpul 86 kap untuk Perancis tetapi tidak dipanggil untuk aksi Liga Negara-Negara Eropah pada Oktober dan November.
Penyerang 25 tahun itu dianggap antara pemain terbaik dunia dan dia berpindah ke Real Madrid dari Paris Saint-Germain pada Julai lalu.
Real bergelut di awal musim dan berisiko tersingkir awal daripada saingan Liga Juara-Juara selepas menduduki tangga ke-24 dan terakhir untuk kelayakan ke pusingan play-off.
-REUTERS