Nani bersara daripada bola sepak profesional

Estimate Reading Time: < 1 minute

LISBON: Bekas pemain sayap Portugal dan Manchester United, Nani mengumumkan persaraan semalam pada usia 38 tahun.

-Advertisement-

Nani menyertai United pada tahun 2007 dan membuat 230 penampilan untuk kelab – meledak 41 gol.

Dia memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada musim pertamanya di Old Trafford dan kemudian merangkul empat gelaran Liga Perdana Inggeris serta dua Piala Liga sepanjang lapan musim.

“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal, saya memutuskan untuk mengakhiri karier saya sebagai pemain bola sepak profesional.

-Advertisement-

“Ia perjalanan yang menakjubkan dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu serta menyokong saya sepanjang 20 tahun lalu.

“Masa untuk membuka lembaran baharu dan memberi tumpuan kepada matlamat serta impian baharu. Jumpa lagi!” kata Nani di media sosial.

Nani, yang bermain di liga tertinggi Portugal musim ini untuk kelab Estrela Amadora, beraksi buat kali terakhir menentang bekas kelabnya, Sporting bulan lalu.

Dia juga pernah menyarung jersi Valencia, Lazio, Orlando City, Venezia, Melbourne Victory dand Adana Demirspor.

Nani meledak 24 gol dalam 112 penampilan untuk Portugal, memenangi Kejuaraan Eropah pada tahun 2016.
-REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427