JERANTUT: Kejayaan mampu meraih hasil lebih RM30,000 pada tuaian pertama menjadi pendorong kepada pasangan suami isteri untuk meluaskan lagi projek perintis tanaman bawang merah yang diusahakan secara berperingkat.
Bermula dengan kawasan seluas dua hektar, Azhar Arshad, 57, dan isterinya Haslina Hassan, 59, akan meluaskan lagi projek tanaman bawang jenis Bima Brebes berasal darı Jawa Timur, Indonesia yang mampu memberikan pendapatan lumayan.
Azhar berkata, mereka memulakan projek tanaman bawang pada September lalu di Kampung Pasir Sia, Tembeling Tengah, dekat sini.
Beliau berkata, dalam tempoh tiga bulan, hasil tanaman bawang sudah boleh dituai dan bagi fasa kedua, kawasan seluas 1.8 hektar akan ditambah dengan kerja menanam bermula tahun depan.