Peletakan jawatan Maszlee tidak berkait pusat keamanan Saudi, kata Dr M

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Perdana menteri hari ini menafikan cubaan membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman antara sebab sebalik peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan.

-Advertisement-

“Tidak. Ada banyak sebab. Saya tak kata semua yang dia lakukan salah,” kata Dr Mahathir Mohamad kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa anti-rasuah.

Terdahulu, FMT melaporkan sumber berkata cubaan membuka semula pusat “anti-terorisme” yang disokong Arab Saudi dan ditutup oleh kerajaan Pakatan Harapan itu punca kata dua Mahathir kepada Maszlee.

-Advertisement-

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata perdana menteri marah apabila dengar Maszlee di belakang rancangan membuka semula KSCIP, di samping aduan demi aduan terhadap bekas menteri pendidikan itu dalam mengendalikan portfolionya.

Maszlee manfikan dakwaan itu. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427