Gaya pemanduan Verstappen tidak jauh beza dengan 2021 – Hamilton

Estimate Reading Time: < 1 minute

SAO PAULO: Gaya pemanduan Max Verstappen dikritik hebat kebelakangan ini dengan Lewis Hamilton berkata, tidak banyak perubahan yang berlaku sejak mereka ‘bertempur’ merebut kejuaraan pada musim 2021.

-Advertisement-

Penyandang juara dari pasukan Red Bull yang menafikan gelaran kelapan Hamilton dalam satu musim penuh insiden itu, pernah dikenakan penalti sebanyak dua kali di Mexico pada minggu lalu.

“Apa yang kamu perlu lakukan, cari semula dan dengar komen saya di radio pada hari berkenaan,” kata Hamilton memberitahu wartawan ketika ditanya mengenai komen Lando Norris yang menyifatkan juara dunia tiga kali itu sebagai ‘merbahaya’.

-Advertisement-

“Saya tidak fikir kamu melihat banyak perubahan sejak tahun-tahun kebelakangan ini dari 2021 sehingga sekarang. Ia lebih kurang sama sahaja,” kata pemandu dari Great Britain itu menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Sao Paulo, hujung minggu ini.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427