Mercun, bunga api bernilai lebih RM1 juta dirampas

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai lebih RM1 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sepanggar, di sini, Rabu lalu.

-Advertisement-

Serbuan menerusi Op Taring, kira-kira jam 3 petang oleh PPM Kota Kinabalu itu hasil risikan di kawasan berkenaan kerana disyaki menjalankan aktiviti mencurigakan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslee Abd Rahman, berkata anggota serbuan kemudian membuat pemeriksaan ke atas rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan longgokan kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api.

-Advertisement-

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk cukai berjumlah RM1,038,945.60,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk dokumentasi.

“Semua mercun dan bunga api yang dirampas dipercayai lari daripada cukai Kastam.

“Barang rampasan disiasat mengikut Akta Kastam kerana kesalahan menjual/menyimpan barang-barang tanpa lesen dan permit mengimport mercun/bunga api,” katanya.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427