Sepanyol tidak pernah puas – De la Fuente

Estimate Reading Time: < 1 minute

BELGRADE, Serbia: Pengurus Sepanyol, Luis de la Fuente berkata pasukannya teruja untuk kembali ke padang selepas menjuarai Euro 2024 Julai lalu dan pemainnya mahu terus meningkat bermakna tiada sebarang penurunan dalam intensiti.

-Advertisement-

“Kelompok pemain ini tidak pernah puas, kompetitif, tidak henti-henti. Mereka amat bermotivasi untuk terus melakar kemenangan. Apa yang terbaik masih belum tiba,” kata De la Fuente pada sidang media menjelang perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang Serbia awal pagi esok.

“Saya lihat pemain amat fokus tetapi tidak terlalu berkeyakinan, dengan impian dan merendah diri, mereka juga mahu meningkat dan terus meningkat. Tidak sukar buat kami untuk berdepan satu demi satu perlawanan.”

Susulan kempen Kejuaraan Eropah yang luar biasa apabila mereka menang semua tujuh perlawanan dalam laluan menjulang trofi dengan kemenangan 2-1 di final ke atas England, De la Fuente berkata rahsia kejayaan Sepanyol adalah berkongsi mentaliti cita-cita tinggi yang mana menang menjadi satu ketaksuban.

-Advertisement-

“Saya mendapat penghormatan untuk menguruskan beberapa pemain bola sepak yang luar biasa dan merit terbesar saya adalah mengetahui cara menguruskan mereka. Kami mahu berkembang sebagai pasukan dan menikmati permainan di tengah padang. Tetapi kami hanya tahu satu cara untuk menikmati apa yang kami lakukan: cuba menang,” kata De la Fuente.

“Sebab itu kami sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain, kami di sini untuk membantu kerana pujian adalah untuk mereka.

“Di Sepanyol, kami mempunyai kumpulan bakat yang tidak habis-habis dan kami melakukan kerja yang hebat di peringkat akar umbi. Itulah jalan yang kami bina selama bertahun-tahun dan kami yakin ia jalan yang betul.”

Selepas menentang Serbia, Sepanyol berkunjung ke Switzerland pada 8 September dalam Liga A Kumpulan 4 Liga Negara-Negara.
-REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427