Mahkamah arah anak Mat Sabu bela diri berkait kes dadah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan Ahmad Saiful Islam yang juga anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membela diri atas dakwaan mengambil dadah tahun lalu.

-Advertisement-

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas meneliti hujah dan keterangan 6 saksi.

“Daripada keterangan (saksi), mahkamah mendapati rantaian kes pendakwaan tidak pernah terputus dan kes siasatan berjalan dengan teratur.

-Advertisement-

“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keterangan dan hujahan, mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dan tertuduh diperintah untuk membela diri,” katanya.

Jun lalu, Saiful dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 selepas mengaku tidak bersalah mengambil dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Saiful ditahan selepas didapati positif ganja di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427