Sambutan Hari Kebangsaan 2024 terus terjemah aspirasi Malaysia MADANI

Estimate Reading Time: 2 minutes

Malaysia MADANI terutamanya dalam memperkukuh perpaduan berbilang kaum di negara ini, selain menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.

-Advertisement-

Bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, acara sambutan Hari Kebangsaan 2024 bakal mengetengahkan konsep kebersamaan rakyat yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat selari dengan maksud tema tahun ini, iaitu perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.

Acara gilang-gemilang yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, di sini, menyajikan perbarisan dan perarakan membabitkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam dan 439 aset ketenteraan.

-Advertisement-

Antara kelainan yang dibawa kali ini ialah perbarisan Kontinjen Komuniti Malaysia MADANI diterajui Kementerian Perpaduan Negara, yang juga kontinjen terpanjang berpakaian etnik lengkap beraksesori bagi melambangkan kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427