Mpox: 33 kes negatif, satu tunggu pengesahan – Dr Dzulkefley

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan semua 33 kes mpox atau cacar monyet disyaki di Malaysia setakat hari ini adalah negatif dan satu kes baharu sedang tunggu pengesahan.

-Advertisement-

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan di platform X, berkata KKM juga sedang mengkoordinasi dengan perwakilan Malaysia di seluruh dunia.
“Ini bertujuan untuk hebahan maklumat kepada pengembara Malaysia supaya mematuhi garis panduan ditetapkan KKM.

-Advertisement-

“Saya akan keluarkan kenyataan akhbar esok (hari ini) mengenai langkah preemptif seterusnya untuk pertingkat kesiapsiagaan bagi menghadapi ancaman kes mpox.

“Buat masa ini, di luar Congo, terdapat satu kes masing-masing di Thailand, Sweden, Singapura (13 kes),” katanya.

Kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

Dari Disember 2023 hingga masa ini, tiada kes mpox.

KKM meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua sejak 14 Ogos lalu.

Semua pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan mpox perlu memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan bagi tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

Keputusan tersebut antara enam langkah segera yang dilakukan oleh KKM sebagai persediaan untuk pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox.

Berikut lima lagi langkah yang disarankan KKM:

– Menasihatkan individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mempunyai gejala seperti ruam atau lepuh pada kulit perlu segera menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran serta mengelakkan kontak dengan individu lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.

– Memastikan semua pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta untuk menotifikasi kes disyaki dan kes yang disahkan mpox dengan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan.

Bagi pengurusan kes mpox, pengamal perubatan boleh merujuk kepada garis panduan “Guidelines on mpox management in Malaysia 2023” di laman sesawang portal rasmi KKM (www.moh.gov.my).

– Memastikan makmal bagi pengujian dan diagnostik bersedia di mana buat masa ini terdapat 10 buah makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta

– Mempertingkatkan aktiviti kesedaran mpox dan edaran bahan pendidikan kepada kumpulan berisiko dengan kerjasama badan bukan kerajaan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti seperti spa & sauna.

– Memastikan premis yang menyediakan perkhidmatan yang membabitkan kontak kulit dengan pelanggan seperti spa, urutan dan lain-lain aktiviti berisiko untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di samping memastikan tiada pekerja atau pelanggan di premis berkaitan mengalami gejala atau menunjukkan tanda mpox seperti ruam atau lepuh pada kulit.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427