RTM penyiar rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: RTM sebagai penyiar rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bagi edisi ke-21 di Sarawak, meneruskan usaha membawa perkembangan terkini temasya sukan itu selepas aksi Sukan Olimpik Paris 2024.

-Advertisement-

Liputan SUKMA 2024 disiarkan di platform utama RTM melalui Saluran OKEY, Sukan RTM, RTMklik dan dua saluran khas di platform digital.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, berkata RTM membawa semua 37 acara sukan dipertandingkan secara langsung sejak 12 Ogos lalu hingga 24 Ogos ini.

“Semuanya meliputi sembilan lokasi utama iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri,” katanya dalam kenyataan.

-Advertisement-

Suhaimi berkata, SUKMA 2024 membabitkan penyertaan 9927 atlet daripada 15 kontinjen

berentap untuk mencipta kejayaan.

“Temasya ini turut menyaksikan buat kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA selepas 1990 dan 2016,” katanya.

Suhaimi berkata, laporan harian iaitu sesi pagi bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Ini diikuti sesi petang mulai jam 2 petang hingga 5 petang. Sesi sebelah malam pula mulai jam 10 malam hingga 11 malam,” katanya.

Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penyiaran Malaysia menyebut RTM boleh menjadi pilihan untuk pengalaman dan keterujaan selama 60 jam siaran percuma yang penuh dengan aksi sukan terbaik hanya di RTM.

-BeritaHarian

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427