Program Sarapan Pagi Percuma KPM bermula 20 Januari 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 27 Disember 2019 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama tahun 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 melibatkan 100 buah sekolah dengan lebih kurang 37,000 orang murid dan 1,600 orang guru.

Waktu perlaksanaan PSP antara 7.00 hingga 8.30pagi bagi sesi pagi dan 1.00 hingga 4.00 petang bagi sesi petang mengikut ketetapan pengurusan sekolah. Pemilihan 100 buah sekolah ini berdasarkan kepada sekolah – sekolah yang mempunyai peratus murid dari golongan B40 di setiap negeri dari semua jenis sekolah iaitu SK, SJKC, dan SJKT

Pemilihan sekolah juga adalah berkadar dengan jumlah bilangan sekolah yang melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam setiap negeri yang meliputi semua lokasi iaitu bandar, luar bandar dan pedalaman.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelaksanaan ini juga turut mengambilkira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memperuntukkan seorang Pegawai Sains Pemakanan bagi setiap daerah untuk memberi khidmat nasihat kepada sekolah berkaitan menu PSP.

“Walau bagaimanapun, kebenaran daripada ibu bapa diperlukan bagi mendapatkan persetujuan dan maklumat penting kesihatan murid seperti alahan kepada makanan tertentu supaya menu alternatif dapat disediakan.” tambah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan lewat hari ini. – The Capital Post

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464